Recent Posts

cik putera dan cik puteri :)

29 February 2012

KISAH KASIH PART 1

Tetiba aku rasa macam nak luahkan segala galanya kat blog ni. Aish. Cite ni panjang, aku tau takde sape nak baca. Kalau taknak bace just tekan X ok. Kalau baca, after baca takyah nak sibuksibuk cakap aku gedik nak story bagai sebab ni blog aku, tempat aku luah ape yang aku rasa nak luah.


Ini cerita aku. Kisah cintan cintun aku. Ngehngeh. Form1 sampai form3 aku belajar kat sekolah maran. Duduk kelas aliran agama which is kena amik bahasa arab. So pmr aku amik sembilan subjek. Masa aku form2, ni time dalam kelas, ada sorang mamat ni ketuk pintu, tak silap time tu waktu BI. Mamat ni nak jumpa teacher aku tu, maybe guru kelas dia kot. Tengah tengah sibuk belajar aku pandang die, ok boleh tahan then sambung kerja. Tetibe macam TERsuka kat dia. Tapi buat biasa jela. Pastu entah la bape hari or minggu or bulan after tu, pagi pagi datang sekolah masuk je kelas ada sorang budak kelas aku, laki, cakap kat aku yang ada budak kirim salam. Budak kelas aku tu dak hostel and the mamat tu also stay hostel. Aku just tanya sape yang kem salam then cukup, stop, sebab aku memang tak kenal sape yang kirim salam tu.


Setiap pagi macam tu la, budak kelas aku cakap ada orang kem salam. Last last baru la aku tau sape mamat yang kem salam tu. That mamat ialah orang yang pernah datang kelas aku and orang yang aku TERsuka tu:) Tapi still buat bodo and tak buat pape. Alaa, kem salam jekpun. Bukan ada yang special pun kann-,-. Ada satu hari tu, kelas aku kena masuk library, at the same time kelas mamat tu pun kena masuk library. Masuk library bukan belajar tapi dudukduduk santai sebab cikgu ada meeting ape entah. Yang mamat ni dengan geng dia sibuk nak kacau kacau group aku. (group mamat ni antara yang femes kot kat skolah sebab kebanyakan diorang budak sukan and budak bola, budak bola femes kat skolah dan diorang sedikit nakal:)) Kacau group aku and sorang kawan aku. Tapi bukan kacau aku. Siyes aku diam je sebab aku kan pemalu, lagilagi time tu aku dah tau yang mamat ni yang kem salam. :P So wat tataw sudahh. Bila dah habis waktu kat library, aku and kawan aku mira terus kua dari library and that mamat sibuk nak kua jugak, nak borakborak. Tapi si mira yang layan sebab aku memang kunci mulutttt jewwwww huahuaaa :) Oh ye, that mamat tua dua tahun dari aku. Masa aku form 2, dia form4.


Pastu entah macam mana aku tetiba macam eh, suka la kat mamat ni. Aku just bagitau mira tu je, tapi still tak wat pape. Masa tu dah hujung tahun, sekolah pun dah nak tamat. Kitorang memang tak contact or mesej ke hape sebab masingmasing memang taktaw num phone. Harihari akhir sekolah barula tau num phone masingmasing, tapi tu pun tak bercontact mesej bagai sebab kat kampung dia takde line. Aish.  So diam gitu jelaaa.:( Dah dua bulan, sekolah start semula than aku pun dah masuk tahun exam. PMR. Dia pulak SPM. Masingmasing nak exam. Masa form3, barula kitorang kapel hewhewww. Tu pun takde la cakap yang nak kapel bagai, just masingmasing pahampaham sendiri. Hehe. Aku dengan dia memang takde nak dating dating dekat bandar sebab dia duduk hostel. So kalau jumpa pun just dekat sekolah. 


Kalau dekat sekolah, kalau berselisih just buat biasa. Macam orang tak kenal. And tak ramai pun orang tau yang dia ada makwe, and aku ada pakwe, and kitorang pakwe makwe. hihi. Tapi bila dah lama lama, dia selalu jumpa aku, kitorang selalu berjumpa, barula orang boleh hidu. Pagi pagi before pegi pehimpunan, mesti dia datang kelas aku then borak borak. Sejak tu ramai la yang tau termasuk cikgu cikgu. Ada satu hari tu, baru je sampai kelas ada dua orang budak pompuan ni, tua setaun dari aku datang kat aku. And they asked me, eh, awak ni kapel dengan J eh? (J bukan nama sebenar muahaha). Diorang tanya aku macam tak puas hati kot. Maybe sebab die jeles, dapat tau aku kapel dengan budak laki yang dia minat, yang ramai orang minat tapi tak dapat. So maybe diorang pertikaikan ish asal dak ni yang J minat??? hEWWWWWWW ! Haha. 


Kitorang still macam biasa. Ramai cikgu cikgu dah tau yang aku kapel. Actually cikgu cikgu aku tak kasi sebab takut effect nak exam sebab aku budak target sekolah, budak top3 pmr. (ni bukan nak belagak or bangga ok, just nak bercerita). Nak nak lagi berkapel dengan budak a bit nakal, yang selalu ponteng kelas, etc. (sorry J) Cikgu kat sekolah tu memang bangkang habishabis. Aku pun taktaw la nape. Tapi kan, aku PERSETANKAN semua tu sebab bagi aku alaa, kapel kapel gak pelajaran aku tak effect pun. Pelajaran aku memang tak jejas langsung, that y aku buat bodo je ape yang diorang cakap. Situasi aku dengan situasi dia sama. Dia story kat aku kalau dalam kelas memang cikgucikgu dalam kelas tu selalu perli dia depan kawankawan, cakap macam mane la hajar boleh nak dengan awak ni J? Korang kalau ada kat tempat dia, ape korang rasa? kalau aku, aku rasa terhina. Nak nak lagi cikgu yang cakap tu, cikgu yang boleh dikatekan baik la jugak dengan aku, yang amik cara kisah pasal aku. Bagi aku cikgu tu dah jatuhkan air muka dia tapi actually niat cikgu tu baik, dia taknak kitorang lalai and effect exam. Ececece. Macam macam lagi yang dia kena tapi malas la nak cite.


Itu bahagian dia kena. Bahagian aku lagi teruk sobsobbb. Time aku tengah belajar dalam kelas, ada budak masuk kata cikgu disiplin nak jumpa. Cikgu laki. Huwaaaa. Masa tu aku tak pikir lagi sebab apa. Then pegi la jumpa cikgu tu dekat bilik dia. Soalan first cikgu tu tanya, awak berkapel ye? Siyes aku taktaw nak cakap ape. Then cikgu tu cakap la macam macam, jangan la berkapel, awak nak exam, nanti effect. Jangan dating dating, awak PENGAWAS. Ramai dah cikgu cikgu cakap pasal awak. Diorang takut sebab awak nak exam. Pangggggg. Malu sampai taktaw nak cakap ape. The main thing is aku nak exam. Tapi cam biasa masuk telinga kanan, kua telinga kiri huahuaa. Tapi dulu aku tak cite pun kat dia sebab aku taknak dia rase bersalah or whatever, lastlast baru cite. And tak cukup tu je, ada satu hari time rehat, aku masuk bilik guru laki, sebab nak hantar buku. Time tu SEMUA cikgu laki kat sekolah tu ada dalam tu. Tengah borakborak sambil baca paper. Sorang cikgu laki ni panggil pastu die tanya aku pasal aku dengan J depan depan semua cikgu laki tu. Semua mata cikgu cikgu tu tumpu kat aku. waa cakap sama lu waa malu maaa. waa rasa mahu tekencing kat situ jugakkk. Siap kasi amaran lagi. Kalau still kapel, cikgu nak umumkan kat perhimpunan. Haish. 


Tiap kali jumpa dia, aku mesti cakap takyah kesah ape orang cakap, yang pasti aku sayang dia. Jangan tinggal aku sobsob. *kesat hingus* Maybe aku nampak beria sebab first time bercinta kot. Tak kesah la orang nak cakap aku ngn dia cinta monyet ke, cinta baboon ke, yang pasti aku tau dia sape, dia tau aku sape. So kitorang buat bodo jelaa ape orang nak cakap, yang pasti kitorang tak kacau orang. Eh? Memang tak dinafikan ramai yang tak suka (jeles) kitorang berkapel, tapi ada aku kesah? He's mine ok ! huahuaa (gelak kejam) Yang aku pelik, orang lain tu bekapel taknak pulak die kesah, yang aku kapel, pehh sibuk ! 


Sampai nak dekat dekat exam aku dengan J dingin. Sebab ada satu masalah. Takleh cite. Start tu memang tak jumpa tak contact tak mesej. Hidup aku masa tu pagi pagi pergi sekolah, belajar, balik sekolah pastu kurung dalam bilik study study study, kua bilik sebab nak makan and solat je. Dah malam tidur and repeat benda yang sama sampai habis PMR. Buat latihan study buku rujukan dari kulit pertama sampai kulit terakhir. Siyes. Maybe time tu pikir lupakan dia, fokus nak exam. Time tu Tuhan je yang tau, rindunyaa kat dia. T__T Sabar jela. PMR is comingg. Aku exam macam biasa and masa tu aku la paling heppy sebab aku dapat buat yang terbaik. After exam, kitorang jadi cam biasa semula, selalu jumpa borak borak. Then dia pulak nak exam. Aku pun dah start cuti. Dah akhir tahun, result pmr kua. Aku dapat cemerlang, 8a1b. Cikgu cikgu pun cam excited haha. Then start form4, aku belajar kejap dekat sekolah tu tapi dia dah takde sebab dah habis spm. Tak lame lepas tu aku transfer ke teknik kuantan. And kat teknik starting segala galanyaaa. Kitorang berpisah. . 2tahun. Dalam masa 2tahun tu, dia tak putus asa pun. Takde sape yang boleh ganti tempat dia. Sampai sekarang. Ewahhhh~


panjangnyeee. Nanti sambung. Part2. Hehe.




p/s; Sebelum ni ramai yang tanya aku mane dapatnya name Juha tu. (Juha tu nama aku masa duduk kat teknik and sampai sekarang hajar dan juha still wujud)




J, rinduuu T__T






Tekan 'like' kalau suka =)
thanks for reading ! :)

5 tinggalan artifak:

DaYaH JeLitA said...

sambung jgn x sambung...hehe
eh nnt aku nak wat gak kisah cinta aku nnt :P

HAJAR AZMAN :| said...

Dayah: buat jgn tak buattt. Nat taw gak cmne ko jmpe si mad tu hahahha

shahira :) said...

wahhhh jeles -,- hew hew hew. hahaha untunglah :D moga kekal ke akhir hayat :)

miss kinah said...

hahahaha..
bila dah update mke sure aku thu..kui3... tak sbr nk bce sambungan nye,, :DD

Anonymous said...

Hajar...saya seorang wartawan dari Utusan Borneo. (Suratkhabar Sarawak)

Can you email me your details sbb nak buat interview.

Thanks...

anne_utusan2yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...